Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2022

Scuba Diving Di Pulau Perhentian Tapi Tak Ada Lesen

Ada yang baru nak berjinak² dengan scuba diving? Nak cuba tapi takut. Tak ada lesen tapi teringin nak rasa scuba ni macam mana🥺. Ramai tak tahu sebenarnya termasuk saya sendiri huhu🤭.. Nama untuk course ni dia panggil Discovery Scuba Diving (DSD) . Nak tahu lebih details boleh google sendiri la pasal ni. Saya just straight to the point saja ya. Kalau yang nak ambil lesen tu dia panggil Open Water (OW) . DSD ni dia tak perlu lesen. Macam intro la, setengah hari je tu belajar. Yang lesen² ni kita tak cerita ya. Cuma untuk lesen ni harga  course dia around 1k lebih jugak. Nak belajar pun ambil masa 2 3 hari ikut course yang ditawarkan. Ada ushar² juga course DSD ni dekat dive shop di darat. Dorang offer DSD di kolam renang je. Tak siok la kan. Laut pun ada tapi harga mahal sikit. So better korang terus je ke pulau. Dah sah² masuk laut😁. Harga pun murah. Kita balik semula pasal nak cuba DSD ni. Untuk Pulau Perhentian, boleh book pakej siap² dengan Panorama Diver Perhentian . Korang ...

Jom Cuba Paragliding Di Bukit Bubus Besut, Terengganu

Ada yang nak bercuti ke Besut, Terengganu? Tak tau nak buat apa selain hiking di Bukit Keluang? Haa baca sampai habis ya. Besut ni memang tempat famous la untuk pergi ke Pulau Perhentian kan. Selain tu boleh juga naik bot pusing² Pulau Rhu dari Pantai Bukit Keluang. Bagi peminat sukan outdoor yang suka mainan yang mencabar ni sangat² la kita recommend main Paragliding di Bukit Bubus. Nak main Paragliding ni memang kena book awal² sebab slot selalu full. Cuaca pun main peranan yang penting. Angin tak ada confirm tak boleh terbang, angin kuat sangat pun tak boleh terbang. Memang atas luck masing² so, berdoa la banyak². Bila dah book tu memang non refundable, jadi bila tak dapat fly kita boleh tukar tarikh lain so jangan risau ya. Takut ke tak terbang tu? Mula² je berdebar tapi bila dah fly dengan view laut, bukit², pulau tu Ya Allah sangat² cantik..  memang tak menyesal la. Kena jugak masuk bucketlist korang. Kena cuba 1x seumur hidup!!😁 Sebab best sangat terbang² ni kita pun dah re...

Aktiviti Menarik Di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan

Kali ni kita nak cerita pasal tempat viral Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan. Apa yang yang ada kat sana? Oke meh nak cerita. Tempat ni sesuai untuk orang yang minat outdoor plus kalau dah ada dekat² area Pasir Puteh ni boleh la singgah sini sambil minum susu segar. Untuk ke sini senang je, gunalah google maps. Sangat² membantu. Ikut je arahan google tu. Nak masuk ke sini memang jauh sikit. Masuk ke dalam kampung² orang, jalan pun tak cantik sangat. Bersabarla ya. Hehe  Aim ke sini sebenarnya nak main flying fox. Ada 2 jenis yang offer flying fox dekat sini, Tok Janggut Warriors & Zack Parakdo Flying Fox. Kalau yang pergi weekend tu boleh la main yg Zack Parakdo tu tapi bagi yang datang weekday kena ambil Tok Janggut Warriors. Sebab? Zack Parakdo ni ada bila weekend sahaja & Tok Janggut Warriors pula memang dah ada kaunter dia kat sana. Bila² masa sahaja boleh main. Saya pergi weekday so grab Tok Janggut Warriors jela kan. Okee.. masuk je ke Jeram Mengaji ni m...