Ada yang nak bercuti ke Besut, Terengganu? Tak tau nak buat apa selain hiking di Bukit Keluang? Haa baca sampai habis ya. Besut ni memang tempat famous la untuk pergi ke Pulau Perhentian kan. Selain tu boleh juga naik bot pusing² Pulau Rhu dari Pantai Bukit Keluang. Bagi peminat sukan outdoor yang suka mainan yang mencabar ni sangat² la kita recommend main Paragliding di Bukit Bubus.
Nak main Paragliding ni memang kena book awal² sebab slot selalu full. Cuaca pun main peranan yang penting. Angin tak ada confirm tak boleh terbang, angin kuat sangat pun tak boleh terbang. Memang atas luck masing² so, berdoa la banyak². Bila dah book tu memang non refundable, jadi bila tak dapat fly kita boleh tukar tarikh lain so jangan risau ya.
Takut ke tak terbang tu? Mula² je berdebar tapi bila dah fly dengan view laut, bukit², pulau tu Ya Allah sangat² cantik.. memang tak menyesal la. Kena jugak masuk bucketlist korang. Kena cuba 1x seumur hidup!!😁 Sebab best sangat terbang² ni kita pun dah repeat 2x.hehe.
Cara nak ke sini senang je google maps je Paragliding Park Bukit Bubus. Masuk lorong UITM campus Tembila tu straight je sampai la jumpa signboard.
Masuk je ke dalam sikit park je kereta dekat area tu untuk tunggu kita punya pilot. Isi dulu form dia bagi tu then dia pickup kita naik 4x4 untuk naik ke bukit yang tinggi tu. Kalau korang rajin nak hiking ke atas pun boleh. Ada trek hiking. Tapi naik 4x4 ni memang best la. Takut pun ada🤣 sebab tinggi nak boleh ke sampai ke atas.. selawat la banyak²🤭
Angin dah ada, safety gear pun dah pakai boleh la terbang. Go pro memang dia bagi so jangan risau ya. Buat la video cantik² untuk kenangan. Memang best masa fly tu duk terbang atas bukit bubus & bukit keluang dengan view laut & langit kebiruan. Sangat² cantik lah.
After landing tu boleh la settle payment dengan ambil copy video yang kita fly tadi. Oh ya kat sini juga dia sediakan ATV. Boleh la nak main masuk hutan rm30 sahaja. Best👍
Pakej Paragliding ni macam mana? Nak book dengan siapa? Haa ni pakej nya
Pakej Tandem Paragliding Valley2Sky
👉Terbang bersama Pilot
👉Peralatan yang selamat
👉Pengangkutan 4x4 ke puncak
👉Tebang ± 15 minit..
👉Video GoPro
👉 Ambik pakej paragliding free aktiviti Giant Swing + minuman ringan
Syarat²
👉Berat Tidak melebihi 95Kg
👉Pakaian & Kasut yang sesuai
👉Phone dgn bateri & storage yg cukup utk dapatkan video
👉app iusb pro utk apple, OTG utk android
Kepada yang berminat boleh la terus contact pilot valley2sky ni +60 11-1892 4424(En.Zawali).
Harga? Saya main masa ni promo rm150 sahaja. Sekarang tak tau la promo ke tak lagi. Boleh la contact pilot tu ya.
Dah alang² di Besut tu jom kita pergi Pulau Perhentian pula cuba scuba diving tapi tak ada lesen dan tak pandai berenang? Macam mana tu? Hehe.. baca di sini
Comments
Post a Comment