Skip to main content

Aktiviti Menarik Di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan

Kali ni kita nak cerita pasal tempat viral Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan. Apa yang yang ada kat sana? Oke meh nak cerita. Tempat ni sesuai untuk orang yang minat outdoor plus kalau dah ada dekat² area Pasir Puteh ni boleh la singgah sini sambil minum susu segar.

Untuk ke sini senang je, gunalah google maps. Sangat² membantu. Ikut je arahan google tu. Nak masuk ke sini memang jauh sikit. Masuk ke dalam kampung² orang, jalan pun tak cantik sangat. Bersabarla ya. Hehe 

Aim ke sini sebenarnya nak main flying fox. Ada 2 jenis yang offer flying fox dekat sini, Tok Janggut Warriors & Zack Parakdo Flying Fox. Kalau yang pergi weekend tu boleh la main yg Zack Parakdo tu tapi bagi yang datang weekday kena ambil Tok Janggut Warriors. Sebab? Zack Parakdo ni ada bila weekend sahaja & Tok Janggut Warriors pula memang dah ada kaunter dia kat sana. Bila² masa sahaja boleh main.

Saya pergi weekday so grab Tok Janggut Warriors jela kan. Okee.. masuk je ke Jeram Mengaji ni memang dari jauh terus nampak signboard besar Tok Janggut Warriors. Boleh park kat situ je. Staff dia ada tunggu dekat cafe nama yang sama. Bagitau je nak main flying fox ni dekat staff tu. Nanti dia tolong pasangkan safety gear semua. Then ready to fly! 

Jarak return untuk yang ni 1km. Seronok la fly sambil tengok view bukit² tu.  Lembu susu pun ada kat bawah tu 2 3 ekoršŸ¤£. After flying fox, boleh la nak main giant swing pula. Tempat yang sama saja.



Dah siap² semua boleh gerak ke lokasi seterusnya. Dekat je ladang lembu tu tapi sebab pergi ni tengahari, panas ceng² malas la nak jalan kaki so, naik kereta gerak ke depan sikit. Park situ masuk ladang style zoo tu. Depan kaunter kiri kanan ada gerai susu. Kanan ada gerai jual air susu bentuk botol susu..kiri ada kedai souvenir jual baju, dadih, ice cream & so on.



Grab 1 air mocha dekat gerai comel tu untuk hilangkan dahaga. Dekat kaunter ladang tu juga ada sediakan sewa basikal, motor & atv. Malas nak jalan kaki round² tu boleh la sewa yang tu harga rm30. Round la puas² tengok binatang² & bergambar. Sana ada burung unta, kambing, lembu, kuda & tempat ootd. Lembu tengahari ni duk kandang lagi. Petang la baru meriah kat situ kot dia lepas. Huhu 


Puas dah pusing² then kita return motor. Singgah pula gerai yang 1 lagi tu beli ice cream, susu & dadih untuk souvenir. Sempat juga berhenti gerai last sebelum gate keluar Jeram ni. Beli air susu perisa jagung pula nak rasa.šŸ˜‹





Overall tempat ni oke je sebab aim asal nak main flying fox sahaja. Tiada high expectation pun untuk yang lain² so memang puas hati la. Susu dia memang sedap especially mocha tu sebab tak rasa sangat lembušŸ¤£. Yang jagung tu kuat sikit rasa macam lembu.. ya i know susu lembu kan.. prefer yang mocha sebab dia bagi hilang sikit rasa lembu tušŸ¤£.

Untuk harga ni ada baca dekat fb cakap flying fox ni mahal tapi bila pergi affordable pula. Half dari yang expect tu. Maybe sebab weekday. Tak tanya pula staff tu, bayar je. Hehe. Parking pun free je. Mungkin juga sebab weekday. Tak pasti yang ni.  

Bagi yang datang sebab nak tengok lembu sahaja datangla petang ya. Tak tau nak cakap berbaloi ke tak sebab kalau pergi sambil buat aktiviti tu berbaloi la..  kalau datang jauh² sebab nak tengok lembu tu atas diri masing² la. Untuk ambil gambar tu banyak je port cantik² ala² kundasang tu. Weekend mungkin meriah. Weekday ni tak ramai pun orang datang.

Tu je nak share.  Bagi yang nak cuba paragliding di Besut, Terengganu tu boleh baca entry 1 lg.. 

Thank you sudi bacašŸ¤£. 















Comments

Popular posts from this blog

Scuba Diving Di Pulau Perhentian Tapi Tak Ada Lesen

Ada yang baru nak berjinak² dengan scuba diving? Nak cuba tapi takut. Tak ada lesen tapi teringin nak rasa scuba ni macam manašŸ„ŗ. Ramai tak tahu sebenarnya termasuk saya sendiri huhušŸ¤­.. Nama untuk course ni dia panggil Discovery Scuba Diving (DSD) . Nak tahu lebih details boleh google sendiri la pasal ni. Saya just straight to the point saja ya. Kalau yang nak ambil lesen tu dia panggil Open Water (OW) . DSD ni dia tak perlu lesen. Macam intro la, setengah hari je tu belajar. Yang lesen² ni kita tak cerita ya. Cuma untuk lesen ni harga  course dia around 1k lebih jugak. Nak belajar pun ambil masa 2 3 hari ikut course yang ditawarkan. Ada ushar² juga course DSD ni dekat dive shop di darat. Dorang offer DSD di kolam renang je. Tak siok la kan. Laut pun ada tapi harga mahal sikit. So better korang terus je ke pulau. Dah sah² masuk lautšŸ˜. Harga pun murah. Kita balik semula pasal nak cuba DSD ni. Untuk Pulau Perhentian, boleh book pakej siap² dengan Panorama Diver Perhentian . Korang ...

Jom Cuba Paragliding Di Bukit Bubus Besut, Terengganu

Ada yang nak bercuti ke Besut, Terengganu? Tak tau nak buat apa selain hiking di Bukit Keluang? Haa baca sampai habis ya. Besut ni memang tempat famous la untuk pergi ke Pulau Perhentian kan. Selain tu boleh juga naik bot pusing² Pulau Rhu dari Pantai Bukit Keluang. Bagi peminat sukan outdoor yang suka mainan yang mencabar ni sangat² la kita recommend main Paragliding di Bukit Bubus. Nak main Paragliding ni memang kena book awal² sebab slot selalu full. Cuaca pun main peranan yang penting. Angin tak ada confirm tak boleh terbang, angin kuat sangat pun tak boleh terbang. Memang atas luck masing² so, berdoa la banyak². Bila dah book tu memang non refundable, jadi bila tak dapat fly kita boleh tukar tarikh lain so jangan risau ya. Takut ke tak terbang tu? Mula² je berdebar tapi bila dah fly dengan view laut, bukit², pulau tu Ya Allah sangat² cantik..  memang tak menyesal la. Kena jugak masuk bucketlist korang. Kena cuba 1x seumur hidup!!šŸ˜ Sebab best sangat terbang² ni kita pun dah re...