Skip to main content

Scuba Diving Di Pulau Perhentian Tapi Tak Ada Lesen

Ada yang baru nak berjinak² dengan scuba diving? Nak cuba tapi takut. Tak ada lesen tapi teringin nak rasa scuba ni macam mana🥺. Ramai tak tahu sebenarnya termasuk saya sendiri huhu🤭..

Nama untuk course ni dia panggil Discovery Scuba Diving (DSD). Nak tahu lebih details boleh google sendiri la pasal ni. Saya just straight to the point saja ya. Kalau yang nak ambil lesen tu dia panggil Open Water (OW). DSD ni dia tak perlu lesen. Macam intro la, setengah hari je tu belajar.

Yang lesen² ni kita tak cerita ya. Cuma untuk lesen ni harga  course dia around 1k lebih jugak. Nak belajar pun ambil masa 2 3 hari ikut course yang ditawarkan.

Ada ushar² juga course DSD ni dekat dive shop di darat. Dorang offer DSD di kolam renang je. Tak siok la kan. Laut pun ada tapi harga mahal sikit. So better korang terus je ke pulau. Dah sah² masuk laut😁. Harga pun murah.

Kita balik semula pasal nak cuba DSD ni. Untuk Pulau Perhentian, boleh book pakej siap² dengan Panorama Diver Perhentian. Korang boleh check diorang punya Instagram & facebook. Pakej yang saya ambil 2 hari 1 malam. Staff dorang memang terbaik. 👍 Yang penting tak garang, anak murid tak pandai sangat berenang🤣. Sabar je dorang guide kita sampai pandai😁

Bot dari Jeti Kuala Besut ke Pulau pun boleh book siap² dengan Save Park Holiday. Boleh cari dekat Instagram "perhentiankita". Dia settle untuk kita punya return bot & so on. Cuma kena add on suku parking kereta, fee marine & tax kena bayar dekat jeti nanti.




Oraitt untuk course 2hari 1malam. 1st day,  kita snorkeling 🤿 dulu. Banyak tempat² check point snorkeling yang dia bawa kita ni. Nanti jumpa la turle, shark & so on. lepas tu dia bawa kita singgah ke kampung nelayan untuk lunch. Lepas snorkeling tu bolehla rehat & lepak pantai main air, banana boat ke ape semua tu. Malam boleh tengok fire show ya.. jangan lupa tau sebab dekat Perhentian Kecil sahaja ada. Perhentian Besar tak ada. Tu bonus duduk area ni.



Hari ke 2 pulak pagi² lepas breakfast ada sesi taklimat la sikit, pastu belajar la cara² menyelam, signal tangan untuk guna bila menyelam, cara yang betul untuk bernafas di dalam air, penggunaan alatan² menyelam, jacket, kaki itik, tong oxygen & so on. Sangat details dia ajar ni.. korang kena betul² fokus tau.. nyawa ni nyawa🤭




Dah settle dah atas darat, faham dah semua dia ajar.. proceed pakai alatan menyelam. Tong oxygen tu berat ya. Pandai² la kawal badan nak bagi seimbang. haha.. dah ready dah semua terus ke pantai naik bot. Dia drop kita ke air yang cetek & kaki boleh pijak lagi pasir.  Kat sini kita praktik ape yang kita belajar kat darat. Cara bernafas guna oxygen, hand signal dalam air, mask & so on.. selagi kita ni tak pandai selagi tu kita duk situ jelaa..huhu 

Cikgu kata lulus, so kita menyelam. Slow² kita berenang & menyelam jauh tanpa kita sedar. Cikgu akan tunjuk macam² jenis coral & seafood kat kita. Sedap sungguh kalau boleh makan🤣. Jumpa sotong, pari, siput, gamat & so on.

Cukup masa tu naik ke atas tak sedar rupanya jauh betul menyelam dari tempat cetek mula² drop tu. Bangga kejap. Haha..Tunggu bot ambil kita kembali ke darat, return barang² & rehat kejap. Petang tu dah boleh check out 🥲. Settle 2hari 1malam di Pulau Perhentian. Menarik kan.. 🤩


 Pakej include 

-snorkeling 

-breakfast 

-DSD 

-penginapan (dorm)


Tips bagi yang nak ambil pakej dengan Panorama Diver kalau korang ada bajet lebih saya suggest ambil penginapan lain. Pakej yang dive shop ni offer include sekali dah dorm. Tapi saya upgrade chalet untuk privacy.

Tak puas hati sebab bilik kotor, anai² lagi, cadar kotor & so on..  pintu masa balik tu buat hal tak boleh buka, tombol rosak😌. Nak boleh ke baiki hmmm. Nasib baik nak balik dah..

So korang book la penginapan lain ya kalau nak yang selesa. Banyak sangat penginapan kat situ boleh pilih. 😉 Tapi DSD overall best sangat sebab snorkeling boleh main, scuba pun boleh main👍




Kalau berminat boleh la cuba DSD di pulau² berdekatan! Good luck 🤞








Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Menarik Di Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan

Kali ni kita nak cerita pasal tempat viral Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan. Apa yang yang ada kat sana? Oke meh nak cerita. Tempat ni sesuai untuk orang yang minat outdoor plus kalau dah ada dekat² area Pasir Puteh ni boleh la singgah sini sambil minum susu segar. Untuk ke sini senang je, gunalah google maps. Sangat² membantu. Ikut je arahan google tu. Nak masuk ke sini memang jauh sikit. Masuk ke dalam kampung² orang, jalan pun tak cantik sangat. Bersabarla ya. Hehe  Aim ke sini sebenarnya nak main flying fox. Ada 2 jenis yang offer flying fox dekat sini, Tok Janggut Warriors & Zack Parakdo Flying Fox. Kalau yang pergi weekend tu boleh la main yg Zack Parakdo tu tapi bagi yang datang weekday kena ambil Tok Janggut Warriors. Sebab? Zack Parakdo ni ada bila weekend sahaja & Tok Janggut Warriors pula memang dah ada kaunter dia kat sana. Bila² masa sahaja boleh main. Saya pergi weekday so grab Tok Janggut Warriors jela kan. Okee.. masuk je ke Jeram Mengaji ni meman

Jom Cuba Paragliding Di Bukit Bubus Besut, Terengganu

Ada yang nak bercuti ke Besut, Terengganu? Tak tau nak buat apa selain hiking di Bukit Keluang? Haa baca sampai habis ya. Besut ni memang tempat famous la untuk pergi ke Pulau Perhentian kan. Selain tu boleh juga naik bot pusing² Pulau Rhu dari Pantai Bukit Keluang. Bagi peminat sukan outdoor yang suka mainan yang mencabar ni sangat² la kita recommend main Paragliding di Bukit Bubus. Nak main Paragliding ni memang kena book awal² sebab slot selalu full. Cuaca pun main peranan yang penting. Angin tak ada confirm tak boleh terbang, angin kuat sangat pun tak boleh terbang. Memang atas luck masing² so, berdoa la banyak². Bila dah book tu memang non refundable, jadi bila tak dapat fly kita boleh tukar tarikh lain so jangan risau ya. Takut ke tak terbang tu? Mula² je berdebar tapi bila dah fly dengan view laut, bukit², pulau tu Ya Allah sangat² cantik..  memang tak menyesal la. Kena jugak masuk bucketlist korang. Kena cuba 1x seumur hidup!!😁 Sebab best sangat terbang² ni kita pun dah repeat