Kali ni kita nak cerita pasal tempat viral Jeram Mengaji Agro Resort Pasir Puteh, Kelantan. Apa yang yang ada kat sana? Oke meh nak cerita. Tempat ni sesuai untuk orang yang minat outdoor plus kalau dah ada dekat² area Pasir Puteh ni boleh la singgah sini sambil minum susu segar. Untuk ke sini senang je, gunalah google maps. Sangat² membantu. Ikut je arahan google tu. Nak masuk ke sini memang jauh sikit. Masuk ke dalam kampung² orang, jalan pun tak cantik sangat. Bersabarla ya. Hehe Aim ke sini sebenarnya nak main flying fox. Ada 2 jenis yang offer flying fox dekat sini, Tok Janggut Warriors & Zack Parakdo Flying Fox. Kalau yang pergi weekend tu boleh la main yg Zack Parakdo tu tapi bagi yang datang weekday kena ambil Tok Janggut Warriors. Sebab? Zack Parakdo ni ada bila weekend sahaja & Tok Janggut Warriors pula memang dah ada kaunter dia kat sana. Bila² masa sahaja boleh main. Saya pergi weekday so grab Tok Janggut Warriors jela kan. Okee.. masuk je ke Jeram Mengaji ni m...